Friday, March 23, 2012

wise said.




Love is terrifying. 
Love hurts, physically and emotionally. 
Love is having your heart walking around outside your body, vulnerable and practically inviting injury. 
It doesn’t matter what sex/gender you are,
 love is a dangerous, scary thing. 
Yes, love can literally make you crazy. 
You have to be strong to love, because it can break you in half. 
You know that old, hammy phrase ‘the power of love’? 
Yeah, that’s not a joke. 
Love can be a force of nature against you. 
Even when it goes well it’s tough. 
A woman in love isn’t weak. A man in love isn’t weak.

just use 
YOUR BRAIN.



Monday, June 27, 2011

cinta gila.





cinta.
buat manusia leka.
buat manusia buta.
buat manusia hina.
buat manusia celaka.


ps: kerna ternyata cinta suci itu hanya milik Allah.

Saturday, May 21, 2011

celoreng di atas canvas.


petang itu aku ke salon
ingin mencuci dan meng'trim' kan rambutku ini.
ye, aku punya satu prinsip.
biarpun aku gadis bertudung,
tapi, bagi aku, bahagian dalaman wajib dijaga.
termasuklah rambut di sebalik tudung aku ini.
cantik di luar tidak cukup.
biarpun rahsia itu tertutup dan tersembunyi
tapi, aku tetap prihatin.
kalau nak cantik luar biar cantik dalam juga.
cukuplah untuk kepuasan bagi diriku dan bakal suamiku nanti.

cerita tentang salon.
ketika aku sedang menunggu giliran,
aku dihidangkan dengan pelbagai jenis majalah.
ku gapai satu persatu.
ada satu majalah yang menarik perhatianku.
cover girlnya adalah remaja muslimah.
bertudung dengan pelbagai fesyen terkini.
aku tertarik untuk membacanya.

helaian majalah itu,
ku belek satu persatu.
satu, dua, tiga,

terkejut. tergamam. kelu.






cantikkah begini?

sungguh! aku jelik dengan sikap masyarakat sendiri.
memang tak salah wanita bermekap.
memang tak salah ingin menjadi cantik.

tapi, inikah caranya?
aku ingat lagi, pesan datuk dan nenekku.
hidup biar bersederhana.
semua benda buat pun kena sederhana.
tapi, budaya mekap dan touch up seperti ini
sangat pelik ye tuan tuan dan puan puan.

geli.
sungguh geli rasanya
melihat permukaan kulit yang serasa sukar untuk bernafas,
melihat bulu mata asli ditenyehtenyeh
kemudian, diganti dengan bulu mata palsu,
alis mata yang dicoreng dengan pencil,
digelapkan dan di highlightkan lagi dengan pelbagai warna eye shadow,
bibir yang ditonyoh dengan gincu bibir yang berwarna terang,
ditambah pula dengan lip gloss,
pipi yang kadang kadang merah, kadang kadang pink dan purple,
sengaja di sapu dengan blusher
dengan kadar yang banyak,

apa semua itu?

palsu! semuanya palsu!
hilang kecantikan asli seorang gadis muslimah.
muka yang mulus seakan dijadikan kanvas lukisan,
yang kemudiannya di conteng conteng
dengan warna warna cat.

jelik.

tapi.
aku nak salute la jugak dengan kaum kaum hawa yang
konon cantik fashionista bermekap tebal ni.
hebatnya mereka,
bertahan dengan cuaca panas di malaysia

nak tanya boleh?
tak cair ke mekap tu sayang?


kenapa memilih untuk ikut trend semasa,
sedangkan anda boleh cantik ikut cara anda sendiri?
 
subhanallah, cantik!

kalau aku ada anak lelaki sekarang,
cepat cepat aku pergi masuk meminang si wardina ni.
memang calon menantu pilihan.

muslimah sayang,
tak nak ke jadi macam ni?

 
 
ps: sederhana itu cantik.
ps: gambar ini ehsan google. 
ps: siap siap mintak maaf dengan owner. len kali jangan publish macam tu je gambar.
ps: tak pasal pasal jadi topik blog orang.



Wednesday, May 18, 2011

quote.



ramai orang.

bila resah, cari quote.
bila breakdown, cari quote.
bila pressure cari quote.
bila hati rasa berbunga cari quote.
bila rasa nak motivasi cari quote.
bila gembira cari quote.
bila sedih pon cari quote.
 
boleh kata,
semua benda nak pakai quote.
semua perasaan nak pakai quote.

macam macam resource kita guna.
tumblr.
facebook.
google.
yahoo.
twitter.

mana mana pon boleh.

asalkan,
quote tu ade kena mengena dengan diri sendiri.
lepas tu update status inform semua orang.
kasi orang tahu, apa perasaan sekarang.
kasi signal current mental state.


tapi,
ironinya.
tak ramai orang yang
cuba mencari quote yang sebenar benarnya.
dari sumber yang benar.
berkaitan perkara yang benar.

iaitu.

quote
AL-QURAN
al-karim

Al-Baqarah: 1-5


Alif, Laam Miim
kitab Al-Quran ini,
tiada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya)
ia menjadi petunjuk bagi orang orang yang bertaqwa.
iaitu : orang orang yang beriman kepada perkara ghaib
dan mendirikan solat serta
membelanjakan sebahagian dari rezeki 
yang Kami berikan kepada mereka
dan juga,
orang orang yang beriman kepada kitab Al-Quran
yang diturunkan kepadamu, wahai Muhammad
dan kitab kitab yang diturunkan terdahulu daripadamu
serta mereka yakin akan hari akhirat
mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk
dari Tuhan dan merekalah orang orang yang berjaya.



notakaki: jom cari quote dari al-quran lepas ni nak?
notakaki: Allah knows best.

Monday, May 9, 2011

hidup ini memang palat tapi esok masih ada.

hidop aku.cerita aku.
ada tawa.gelak.riang.
ada sedu.hiba.marah.emosi.

ini kisah aku.
tentang aku.dia.kami dan semua..

aku bahagia.
dalam tangis.hiba.rawan.
dalam sibuk.sesak.rimas

ada angan.mimpi.fantasi.
ada cinta.dendam.

aku hanyalah aku.


Saturday, April 16, 2011

shawl : apa kata si kumbang.

 
 
situasi : dialog di antara si kumbang dan bunga.
lokasi : kedai char kuey teow bibi.
 
 
 

bunga : sayang, saya nak try la shawl yang baru tu. ramai kawan kawan pakai. cantik kan?
 
kumbang : awak nak pakai shawl? kenapa?
 
bunga : yela. saya pon nak jadi cantik.
 
kumbang : oh, cantik ke pakai macam tu? awak pakai tudung biasa macam ni pun cantik.
 
bunga : ishk! sayang ni! orang tanya betul betul lah! saya tengok cantik la diorang pakai. ala yang yuna pakai, yang hana tajima pakai tu. serius cantik. 
 
kumbang : errk.. em, ikot awak lah yang.
 
bunga: awak ni!! tak membantu betul. cepatlah. oke tak yang?
 
kumbang : um. pakai jela pape. yang penting tutup aurat awak tu. masa ni takpela awak tanggung dosa awak sendiri. nanti bila dah kahwin, saya yang tanggung dosa awak tau?
 
bunga : ala, awak ni. saya tahu la jage aurat. saya tanya pendapat awak je. cantik tak pakai camtu? awak tak jawab pun lagi.
 
kumbang : awak nak saya cakap jujur ke tipu?
 
bunga : mestilah jujur yang! saya nak jugak dengar pendapat awak.
 
 
kumbang (dalam hati) aish. nak cakap salah. tak cakap pun salah. kalau silap cakap sikit, merajuk pulak si bunga tu. lagi susah nak pujuk. garu garu kepala. tengok kiri kanan. serba salah dibuatnya. kumbang sayangkan si bunga. tapi, takut pula jika tersilap bicara. perit juga nak menghadapi baran si bunga.


bunga : yang, saya tengah cakap ngan awak ni. awak fikir apa?
 
kumbang : oh, sorry yang! em, pasal apa tadi?
 
bunga: eh, awak ni. tak beri perhatian ye saya cakap tadi! (tarik muka masam)
 
kumbang : awak ni. cepat sangat nak melenting. yela. pasal shawl tu kan?


si bunga kembali ceria. tekun ingin mendengar apa kata si kumbang.

kumbang : em. sayang, sebenarnya kan saya rimas la tengok orang pakai shawl macam tu. belit sana. belit sini. yang belit tu satu hal. yang ada rama rama kecil kat atas kepala tu kenapa? ada bunga lah. riben la. pelik je saya tengok. lepas tu kan, pakai shawl warna terang benderang macam pesta orang india pulak saya tengok. ada yang berlapis lapis. hijau kuning biru merah pink. aduh! pening saya tengok wak. pastu kan saya tengok sekarang macam macam jenis shawl. saya tak tahu sangat. tapi, haritu ada kawan tag saya dekat gambar shawl.. ada tu saya tengok dah macam burung merak. eii.. menyampah saya tengok wak.


bunga : eh, macam tu ke yang? kenapa saya tengok cantik je? serius nampak comel. awak ni saje je kan? eii. dengki!

kumbang : ya allah! awak ni. dengar la saya cakap dulu. cuba awak tengok betul betul. awak je kot yang tengok cantik. ishk. kalau saya lah. menyampah awak tau? ada sorang tu kan saya tengok, pakai macam nak tercekik. ketat je kat muka. macam pocong pon ada. melekat shawl tu kat kepala. dahla muka dah bulat. lagila tambah bulat. tak comel pon wak.

bunga : saya rasa la kan. yang tu sebab dia tak pakai betul betul. ramai je yang cantik saya tengok. kemas pulak tu.

kumbang : haa. ni lah masalah perempuan! setiap benda nak ikut trend. kalau tiba musim shawl, semua nak pakai shawl.. follow je apa orang buat. bukan ke setiap orang tu Allah jadikan berbeza? mestilah lain. mungkin ada orang pakai cantik sebab muka dia sesuai nak pakai tu. kalau yang muka bulat tu, nak jugak pakai shawl pelik pelik. tak ke burok ghupenya tu yang? pasal yang kemas tu, ishk. saya tak rase kemas pon. melekat. rapat. ketat. macam nak tercekik hamba Allah tu haa..

bunga : ala, awak ni kolot betul. mestilah nak ikut trend. baru up to date.

kumbang : eeii. awak tak payah ikut la yang. kan cantik je awak pakai tudung biasa tu? manis je saya tengok. tapi kan yang, pasal ikut trend tu, saya nak tanya sket. apa niat nak pakai tudung sebenarnya? nak ikut trend je ke? 

bunga : eh, awak ni! mestilah nak tutup aurat. lagipun awak tahu, lepas fenomena shawl yuna ni, ramai kawan kawan saya yang freehair dah start pakai shawl. takpelah, at least, diorang ada niat nak bertudung. bukankah tiada paksaan dalam Islam?

kumbang : kenapa awak cakap macam orang tak tahu agama je? awak, yang tiada paksaan tu dalam memilih agama. bukan tiada paksaan dalam agama tu sendiri. once you are part of that, you have to follow everything that are written in the quran and sunnah.. bukankah Islam tu agama yang mudah?

bunga : alah, awak dah start bagi ceramah pulak dah. sambung lagi pasal shawl tadi tu.

kumbang : betullah saya cakap tu, wak. bertudung atau bershawl tu kan niat dia untuk tutup aurat. memanglah bagus. tapi, awak tengok. berapa ramai yang pakai tudung semata mata nak tutup aurat? benda ni dah jadi salah awak tahu? ramai yang tahu buat. tapi, tak faham kenapa harus tutup. sebab tu yang jadinya kes pakai shawl tapi, pakai legging. pakai shawl, tapi dada tu tak tutup haa. pakai shawl, tapi lengan pendek. kalau macam tu, ape wak? lagi satu kan, saya tengok, ramai perempuan melayu sekarang yang suka pakai shawl. sampai kan satu tahap tu, saya nampak ada satu geng pakai shawl kat midvalley baru baru ni. yang menariknya wak. saya nampak semua sama je. kelakar pon ada. sepesen je awak tahu? semua nampak sama je. yang nampak lainnya pun sebab ada yang shawl corakcorak. ada yang shawl warna warni. tu je. kalau tak. semua nampak sama. eii, tak cantik la macam tu wak.
 


bunga : amboi. awak! bercakap bukan main lagi. panjang lebar plak. orang tanya pendapat sikit je. dia jawab panjang berjela.

kumbang : eh, mestilah wak! awak tahu. lelaki ni kan, dia jarang nak bagi pendapat dia. tapi, bila dah start bercakap, memang la tak henti henti.
bunga : ye, awak memang! geram saya tahu? okelah macam tu. saya ikut cakap awak lah.

kumbang : eh, betul ke ni yang? tak sangka betul. biasa awak suka lawan cakap saya.

bunga : mengade lah awak ni! mestilah. awak kan bakal suami saya. saya nak buat apa pun, saya kena dengar cakap awak. saya pakai pape pun, sebab saya nak tunjuk dekat awak. bukan dekat orang lain pun. kalau awak cakap tak cantik, rimas. takkan lah saya nak pakai lagi kan?

kumbang : hee, bijak betul awak. satu lagi kan wak, kalau awak perasan, perempuan ni, biasanya dia pakai cantik cantik sebab nak tunjuk dekat perempuan lain je. show off. semua sebab nak pujian dari kawan kawan wanita dia. yela, nak nampak cantik sangat kan? kalau awak berani, cuba awak pergi soal kawan kawan lelaki kelas awak tu. tanya pendapat diorang tentang shawl ni. saya yakin, ramai je lelaki lelaki yang tak suka perempuan pakai shawl ni. 

bunga : awak ni tak baik betul. mana awak tahu? tak baik tuduh tuduh orang.

kumbang : betullah awak, saya kan lelaki. saya tahu la apa lelaki lain fikir. ye, saya tak pandai tulis blog, tapi saya baca je blog blog yang macam informative sket. awak ingat saya tak tahu ke ade cerita kecoh pasal shawl dekat belog? awak ingat awak sorang je yang pandai berblog eh? kalau tak percaya, awak bukak link ni. ni dan ni. eh, macam banyak la pulak lelaki tak puas hati pasal shawl ni kan? tapi saya paling suka si writer ni lah. macam taksub plak dengan dia.

bunga : yelah! awak lah yang betul semua nya! malas saya nak cakap banyak ngan awak tahu.

kumbang : dahtu, nak pakai shawl tak?

bunga : ha ah nak! sekali sekala apa salahnya.

kumbang : ikut sukahati awak lah. awak buatlah pape pon. kalau dah sayang, sayang jugak walau buruk cemana pun. awak pakai jelah pape. awak cantik jugak di mata saya. hati tu yang kat dalam tu yang penting. kalau hati cantik, kat luar pon mestilah cantik.

bunga : eii.. awak! sampai hati. saya gurau jela. yela. yela. saya dengar cakap awak -.-


si kumbang dan si bunga.



ps : dialong asal dari si gades dengan kekasih hati.
ps: gambar adalah ehsan google search.


Wednesday, March 30, 2011

pencarian model muslimah.

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”

clik.
click.
click.

dslr nikon D5000
professional lens.
dimension 5.0 x 4.1 x.3.1 in.


 
seorang model wanita.
sepuluh orang cameraman lelaki.

mata memukau.
eye liner.
eye shadow.
fake eyelashes.
mascara.

bibir bak delima merekah.
lip liner.
luscious lipstick
lip gloss.

muka licin bak telur dikupas kulit.
foundation.
concealer.
compact powder.
moisturizer.

kepala macam queen.
mahkota idaman terlindung di sebalik tudung.
inner cotton 3 layer.
shawl rose.
belit. belit.
klip rama rama.

chantek!


cameraman mula ambil peranan.
focus.
focus.
focus.

semua angle dia ambik.
kiri kanan.
depan belakang.
zoom.



si model mula beraksi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



kata aku.

'subjek ini bahan eksploitasi media'



hey.hey. murahnya diri kau bilamana kau biarkan mata mata lelaki itu meratah seluruh keindahan diri kau. lelaki yang hanya seorang photographer. lelaki yang tidak kau kenali. lelaki yang langsung tiada kaitan denganmu. lelaki yang bukan muhrimmu. di kala gambar itu tersebar, mereka leka menatap gambarmu di majalah. mereka asyik memandang segala keindahan dirimu. fizikal dan rupamu menjadi tontonan ramai. dirimu jadi bahan hiburan di majalah. tv. internet. 

banggakah kau wahai wanita? bukankah lebih indah jika segala keindahan dirimu itu matamu. mukamu. badanmu. seluruh dirimu hanya menjadi tatapan insan istimewa dihatimu? seorang lelaki yang bergelar suami? the one and only him? the king of your heart? sayang, one word that suits you. KECIAN! fikir fikirkanlah!!


ps: gambar sumber google 'model busana muslimah'

Saturday, March 26, 2011

isu kenegerian.



stereotype.

malaysian kalau tak melabel memang tak sah.
caci maki.
kutuk sukasuka hati.
cerca segala bagai.

kalau ada yang tak puas hati,

orang kelantan lah ni.
orang johor pon macam ni.
orang pahang la perangai macam ni.
alah, orang terengganu!
budak KEY EL babe!
orang penang lah ni.
pasai pa orang kedah lagu tu?
ni semua orang perak punya pasal lah ni.

yang buruk, yang huduh,
masing masing nak salahkan negeri.
lagi aku tak tahan,
siap ada macam ni lagi?




suka hati kau saja nak label negeri orang.
kau tu sapa?
negeri kau saja yang bagus?
yang pi salahkan negeri orang tu pasai pa?
mai sini, habaq kat cheq!

soalan aku,
dari perut negeri mana kau keluar?
negeri mana ajar kau membaca menulis mengira?
negeri mana suap kau makan?
negeri mana hantaq kau pi skolah?

jangan di salahkan sikap manusia dengan negeri masing masing.
bukan negeri tu yang lahirkan manusia.
bukan negeri yang bagi education dekat manusia.
nampak sangat kau tu cetek minda.
senang je orang gelakkan kau.

aku pernah dengar orang kelantan sebut ni.

sekoloh betingkat tingkat,
bodo belapis lapis.

haha!



ps: one malaysia!
ps: masih ade ke orang macam ni?
ps: nanti kat padang mashyar, orang tak susun kau ikut negeri pon lah.


Wednesday, March 23, 2011

hangat hangat tahi hayemm!




fashion.

sekali air bah,
sekali pantai berubah.






prada.spring.2011

puas belek magazine.
puas bukak you tube.
puas google search.
puas tengok tv

takde pulak fashion macam ni kan?
cepat cakap sama aku.
mana? mana?




ps: cuba kira berapa banyak busana muslimah yang betul betul ikut syarak


Friday, March 18, 2011

10 tahun dah pandai hidu gam. hakktuihh!



kau cakap,
budak budak macam ni tiada harapan nak berjaya
lepas hidu gam,
rokok, dadah, arak.

kau tolak mereka tepi tepi,
jauh jauh.
ada lagi orang cakap,
'aku lempangg budak ni karang!'

kau marah!
kau caci maki!

ada kau fikir,
kenapa mereka jadik camni?
ada kau fikir?
apa salah mereka?

budak 10 tahun beb!
mereka tahu ape?

kau pernah dengar pepatah ni?
kanak kanak umpama sehelai kain putih,
kita yang mencorakkannya.

sekarang,
whose to be blame?

masyarakat memang camni.
yang buruk sket, kutuk.
yang huduh sket, buang!
yang rosak sket, 
biar!
tak pon musnahkan terus!

hey,
mane sensitiviti kamu?
kamu julang adab kesopanan melayu.
kamu agung agungkan keperibadian melayu.
tapi.
simpati tiada.
prihatin hilang.


dunia menjatuhkan mereka.
masyarakat merosakkan mereka.
ibu bapa menghancurkan mereka.

sedangkan air yang keruh kita buang,
air yang jernih kita ambil,

inikan pula manusia?