Saturday, May 21, 2011

celoreng di atas canvas.


petang itu aku ke salon
ingin mencuci dan meng'trim' kan rambutku ini.
ye, aku punya satu prinsip.
biarpun aku gadis bertudung,
tapi, bagi aku, bahagian dalaman wajib dijaga.
termasuklah rambut di sebalik tudung aku ini.
cantik di luar tidak cukup.
biarpun rahsia itu tertutup dan tersembunyi
tapi, aku tetap prihatin.
kalau nak cantik luar biar cantik dalam juga.
cukuplah untuk kepuasan bagi diriku dan bakal suamiku nanti.

cerita tentang salon.
ketika aku sedang menunggu giliran,
aku dihidangkan dengan pelbagai jenis majalah.
ku gapai satu persatu.
ada satu majalah yang menarik perhatianku.
cover girlnya adalah remaja muslimah.
bertudung dengan pelbagai fesyen terkini.
aku tertarik untuk membacanya.

helaian majalah itu,
ku belek satu persatu.
satu, dua, tiga,

terkejut. tergamam. kelu.






cantikkah begini?

sungguh! aku jelik dengan sikap masyarakat sendiri.
memang tak salah wanita bermekap.
memang tak salah ingin menjadi cantik.

tapi, inikah caranya?
aku ingat lagi, pesan datuk dan nenekku.
hidup biar bersederhana.
semua benda buat pun kena sederhana.
tapi, budaya mekap dan touch up seperti ini
sangat pelik ye tuan tuan dan puan puan.

geli.
sungguh geli rasanya
melihat permukaan kulit yang serasa sukar untuk bernafas,
melihat bulu mata asli ditenyehtenyeh
kemudian, diganti dengan bulu mata palsu,
alis mata yang dicoreng dengan pencil,
digelapkan dan di highlightkan lagi dengan pelbagai warna eye shadow,
bibir yang ditonyoh dengan gincu bibir yang berwarna terang,
ditambah pula dengan lip gloss,
pipi yang kadang kadang merah, kadang kadang pink dan purple,
sengaja di sapu dengan blusher
dengan kadar yang banyak,

apa semua itu?

palsu! semuanya palsu!
hilang kecantikan asli seorang gadis muslimah.
muka yang mulus seakan dijadikan kanvas lukisan,
yang kemudiannya di conteng conteng
dengan warna warna cat.

jelik.

tapi.
aku nak salute la jugak dengan kaum kaum hawa yang
konon cantik fashionista bermekap tebal ni.
hebatnya mereka,
bertahan dengan cuaca panas di malaysia

nak tanya boleh?
tak cair ke mekap tu sayang?


kenapa memilih untuk ikut trend semasa,
sedangkan anda boleh cantik ikut cara anda sendiri?
 
subhanallah, cantik!

kalau aku ada anak lelaki sekarang,
cepat cepat aku pergi masuk meminang si wardina ni.
memang calon menantu pilihan.

muslimah sayang,
tak nak ke jadi macam ni?

 
 
ps: sederhana itu cantik.
ps: gambar ini ehsan google. 
ps: siap siap mintak maaf dengan owner. len kali jangan publish macam tu je gambar.
ps: tak pasal pasal jadi topik blog orang.



Wednesday, May 18, 2011

quote.



ramai orang.

bila resah, cari quote.
bila breakdown, cari quote.
bila pressure cari quote.
bila hati rasa berbunga cari quote.
bila rasa nak motivasi cari quote.
bila gembira cari quote.
bila sedih pon cari quote.
 
boleh kata,
semua benda nak pakai quote.
semua perasaan nak pakai quote.

macam macam resource kita guna.
tumblr.
facebook.
google.
yahoo.
twitter.

mana mana pon boleh.

asalkan,
quote tu ade kena mengena dengan diri sendiri.
lepas tu update status inform semua orang.
kasi orang tahu, apa perasaan sekarang.
kasi signal current mental state.


tapi,
ironinya.
tak ramai orang yang
cuba mencari quote yang sebenar benarnya.
dari sumber yang benar.
berkaitan perkara yang benar.

iaitu.

quote
AL-QURAN
al-karim

Al-Baqarah: 1-5


Alif, Laam Miim
kitab Al-Quran ini,
tiada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya)
ia menjadi petunjuk bagi orang orang yang bertaqwa.
iaitu : orang orang yang beriman kepada perkara ghaib
dan mendirikan solat serta
membelanjakan sebahagian dari rezeki 
yang Kami berikan kepada mereka
dan juga,
orang orang yang beriman kepada kitab Al-Quran
yang diturunkan kepadamu, wahai Muhammad
dan kitab kitab yang diturunkan terdahulu daripadamu
serta mereka yakin akan hari akhirat
mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk
dari Tuhan dan merekalah orang orang yang berjaya.



notakaki: jom cari quote dari al-quran lepas ni nak?
notakaki: Allah knows best.

Monday, May 9, 2011

hidup ini memang palat tapi esok masih ada.

hidop aku.cerita aku.
ada tawa.gelak.riang.
ada sedu.hiba.marah.emosi.

ini kisah aku.
tentang aku.dia.kami dan semua..

aku bahagia.
dalam tangis.hiba.rawan.
dalam sibuk.sesak.rimas

ada angan.mimpi.fantasi.
ada cinta.dendam.

aku hanyalah aku.