kau islam.
kau muslim.
walaupun kau tidak,
tapi kau lupa. kau juga makhluk ciptaanNya
setiap yang Allah lakukan,
segalanya ada hikmahnya.
kau mungkin tak dapat mengagak.
kau mungkin celaru dengan persoalan sains dan teknologi.
tapi,
secara tak langsung.
kau telah memperlekehkan kuasa tuhan.
lupakah kau?
lupakah kau dengan segala nama nama dan sifat sifat asma ul usna Allah?
lupakah kau?
jika Allah mengkehendaki, senang sahaja bagiNya.
karikatur.
laporan berita.
ulasan si pemimpin.
research dan kajian saintifik dari saintis.
cendekiawan mula mencongak congak punca segala kejadian.
earthquake in japan.
8.9 ritcher scale.
bodoh!
kenapa tidak kau kembali kepada Dia?
kenapa tidak kau mula hitung hitungkan setiap amalan kau?
kenapa tidak kau muhasabah diri?
mencari kembali tuhanmu?
ini adalah amaran.
amaran tandanya si DJ mula mendekat.
tanda amaran dunia sudah sampai ke akhirnya.
tandanya Imam Mahdi dan Isa akan kembali ke bumi.
tanda segala milik Allah akan ditarik balik dan akan kembali padaNya
tanda segala ujian Allah untuk hambanya samada patuh atau ingkar sudah sampai ke penghujungnya.
tanda.
KIAMAT ITU SUDAH DEKAT.
kenapa dipersoalkan segala kejadian Allah?
kenapa harus dipersoalkan segala tindak tanduk Allah.
beraninya kamu mencabar pengetahuan-Nya!
mencabar segala qada dan qadar dengan segala scientific research itu?
kenapa tidak diletakkan kepercayaan itu pada Allah?
Daripada Ummul Mukminin Aisyah meriwayatkan:
"Jika mereka menghalalkan zina, meminum khamar & memainkan muzik, Allah murka di langitNya & berfirman kepada bumi : Guncanglah mereka."
Tidakkah kamu sedar??
betapa bumi gementar apabila Allah melihatnya?
betapa bumi gementar bilamana berdiri di atasnya adalah
manusia yang membuat maksiat dan ingkar pada Allah??
Dari Anas b Malik meriwayatkan:
"Nabi naik ke Uhud bersama Abu Bakr, Umar & Uthman. Gunung bergoncang. Nabi meghentakkan kakinya & berkata : Tenanglah Uhud. Tiada di atasmu kecuali Nabi, Siddiqin & Syuhada."
aduh! ceteknya ilmu mu wahai manusia!
sedari dulu Allah telah menggoncangkan bumi.
di zaman Nabi, peristiwa gunung Uhud & Sabir.
apakah semua itu?
bukankah itu suatu petanda?
bukankah itu suatu peringatan?
Sesungguhnya.
Bumi itu tidak akan bergoncang selagi ada orang orang soleh di atasnya.
Ibrah peristiwa gempa bumi dan segala natural disaster adalah suatu rahmat.
Ia juga sebagai suatu hikmah dan sebagai tanda amaran untuk hamba Allah.
dan juga nasihat bagi orang beriman dan azab bagi yang tidak beriman.
masih tak nampakkah kamu?
masih butakah kamu?
Allah ya Rahman ya Rahim.
Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
Sesungguhnya tidak akan sesekali Dia menurunkan bala kepadamu.
sepatutnya beruntunglah kamu wahai mukmin sekalian.
Allah telah beri amaran padamu.
telah Allah berikan panduan padamu.
telah Allah berikan peluang padamu.
untuk kembali sujud padaNya.
untuk kembali menyeru nama ilah yang satu, Allahhu Akbar!
untuk kembali muhasabah.
adakah kamu sudah bersedia untuk ke alam barzakh?
sungguh!
peringatan itu memberi kamu peluang untuk kembali ke jalan yang benar.
mahukah kamu?
kembali sujud dan bertaubat padaNya?
No comments:
Post a Comment